15 July 2013
Asam Pedas Daging
Bahab-bahan :
1kg daging (saya guna batang pinang)
3 labu bawang besar (sederhana besar)*
2 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1 sudu kecik serbuk kunyit*
2 inci belacan*
secekak daun kesom
1 mangkuk cili kering kisar (nak pedas tambah lagi. Saya guna mangkuk tauhu faa)
1 cawan air asam jawa
Cara-cara :
Daging dipotong ikut sukan dan rebus sampai lembut. Kalau guna daging batang pinang tak payah rebus. Potong, cuci dan tos hingga kering. Panaskan periuk. Bubuh minyak kira2 ½ cawan, kemudian tumis semua bahan bertanda * yang telah ditumbuk halus.
Apabila sudah naik wangi, masukkan cili kisar dan goreng sampai terbit minyak guna api sederhana. Kemudian masukkan daging (kalau direbus, masukkan airnya sekali) dan masaklah perlahan2
Apabila daging batang pinang sudah kecut, masukkan air asam jawa dan juga tambah lagi air mengikut kepekatan yang kita mahu. Masukkan daun kesom / bunga kantan /daun limau purut..
Bubuh garam dan gula atau perasa jika suka.
Selalunya, selepas semua bahan sudah masuk ke dalam periuk, saya perlahan api ke tahap sederhana dan biar asam pedas ini reneh sehingga saya puas hati dengan kepekatannya. Ada orang suka cair tapi saya suka kalau sedang2.
Oh ya, kekadang kalau ada serai di dalam peti ais,saya campak juga sebatang dua serai yang telah diketuk. Kalau tak de, no hal. Kekadang juga kalau mata saya ternampak lada hitam, saya masukkan kira2 satu sudu besar. saya bland atau ketuk2 dulu. Sedap dan meletup perut. Kalau ada bunga kantan pulak, lagi happening. Hehehe
Popia Vietnam
Bahan-bahan :
500g Daging kisar
300g Udang (dipotong dadu)
1 batang carrot dipotong dadu)
sebiji Bawang holland (dipotong dadu)
200g Cendawan itam (rendam dan potong dadu)
300g Cendawan Shitake (rendam dan potong dadu)
100g Soo hoon (direndam)
3 tangkai daun bawang (dimayang)
3 sudu teh Lada hitam
Kulit PopiaGaram secukup rasa
Inti Popia :
Keringkan daging kisar dalam kuali tanpa minyak
Masukkan Udan
Masukkan sayuran lain dan kanacau rata
Masukkan lada hitam dan garam
Masukkan soo hoon dan bawang
kacau sebentar dan angkat
Gulung inti dalam kulit Popia
Pastu dah boleh goreng
Hidangkan
Asam Pedas Ikan Talang Segar
Bahan- bahan :
1 ekr ikan Seliap/Talang dipotong sederhana
5 biji bawang merah*
3 biji bawang putih*
20 tangkai cili kering*
1" halia*
1" kunyit hidup*
5 tangkai daun kesum
Air asam jawa
garam secukup rasa
Cara - cara :
basuh dan bersihkan ikan kemudian ketepikan dulu
blend hancur ramuan bertanda * kemudian tumiskan hingga garing
masukkan ikan seliap ke dalam tumisan tadi
gaul rata masak dengan api perlahan
masukkan air dan air asam jawa
sesuaikan rasa masam dan masinnya
masukkan daun kesum/cinahom/bunga kantan dan biarkan sekejap
angkat dan hidangkan
5 biji bawang merah*
3 biji bawang putih*
20 tangkai cili kering*
1" halia*
1" kunyit hidup*
5 tangkai daun kesum
Air asam jawa
garam secukup rasa
Cara - cara :
basuh dan bersihkan ikan kemudian ketepikan dulu
blend hancur ramuan bertanda * kemudian tumiskan hingga garing
masukkan ikan seliap ke dalam tumisan tadi
gaul rata masak dengan api perlahan
masukkan air dan air asam jawa
sesuaikan rasa masam dan masinnya
masukkan daun kesum/cinahom/bunga kantan dan biarkan sekejap
angkat dan hidangkan
Subscribe to:
Posts (Atom)