Pada 11Ogos2013 persamaan 4Syawal , abahku AMIN NORDIN BIN SAAD telah kembali ke rahmatullah pada pukul 1315pm..
Mula terjadinya pada 10 ogos 2013 pukul 11mlm , abah baru pulang bersama mak setelah seharian bersama menyambut hari raya rumah sanak saudara.. Setibanya d rumah ada dua budak lalu dan membaling mercun di hadapan rumah.. Abah masuk kedalam rumah dan terus terasa sakit2 badan dan menyuruh mak memicit2 badanya.. Sehingga keesokan hari pukul 0700am abah mengajak emak pergi ke hospital tanpa pengetahuan aku..
Pada pukul 8.35am emak menelefon aku dan memberitahu ''kakak abah dah tenat''.. Aku pun bergegas ke hospital.. Tapi tibanya aku di hospital mulutku terkunci untuk bersuara , hanya ibu dan adik2ku bersuara memohon ampun dari abah..Aku hanya memegang dan mengurut2 kaki abah.. Aku sayang sangat kat abah.. Aku kesian sangat kat abah.. Kalau aku duit banyak mmg aku tolong abah dalam smua hal..
Aku , emak , angah , tok yah , pak ngah dan mak ngah bermalam di hospital.. Pkul 1200 doktor memangil waris dan menyatakan bahawa abah tenat.. semua masuk melawat abah.. tepat pukul 1315pm doktor mengesahkan abah sudah tiada..
Aku sentiasa berdoa '' Ya Allah ,aku bermohon padamu ampunilah segala dosa abahku sepertimana ia baru dilahirkan , sesungguhnya engkau lapangkanlah kubur abahku dan engkau jauhilah abahku dari seksaan kubur dan azab api neraka..Sesungguhnya Engkau tempatkanlah abahku di tempat orang2 beriman dan bertaqwa dan Enkau tempatkanlah abahku di syurga..'' Amin..Yarabbalnghalamin....
AL-FATIHAH buat abah yang tersayang..
Kenangan Thaqif bersama tok abah & tok mama