15 July 2013

Asam Pedas Daging


Bahab-bahan :

1kg daging (saya guna batang pinang)
3 labu bawang besar (sederhana besar)*
2 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1 sudu kecik serbuk kunyit*
2 inci belacan*
secekak daun kesom
1 mangkuk cili kering kisar (nak pedas tambah lagi. Saya guna mangkuk tauhu faa)
1 cawan air asam jawa
Cara-cara :

Daging dipotong ikut sukan dan rebus sampai lembut. Kalau guna daging batang pinang tak payah rebus. Potong, cuci dan tos hingga kering. Panaskan periuk. Bubuh minyak kira2 ½ cawan, kemudian tumis semua bahan bertanda * yang telah ditumbuk halus.

Apabila sudah naik wangi, masukkan cili kisar dan goreng sampai terbit minyak guna api sederhana. Kemudian masukkan daging (kalau direbus, masukkan airnya sekali) dan masaklah perlahan2

Apabila daging batang pinang sudah kecut, masukkan air asam jawa dan juga tambah lagi air mengikut kepekatan yang kita mahu. Masukkan daun kesom / bunga kantan /daun limau purut..

Bubuh garam dan gula atau perasa jika suka.

Selalunya, selepas semua bahan sudah masuk ke dalam periuk, saya perlahan api ke tahap sederhana dan biar asam pedas ini reneh sehingga saya puas hati dengan kepekatannya. Ada orang suka cair tapi saya suka kalau sedang2.

Oh ya, kekadang kalau ada serai di dalam peti ais,saya campak juga sebatang dua serai yang telah diketuk. Kalau tak de, no hal. Kekadang juga kalau mata saya ternampak lada hitam, saya masukkan kira2 satu sudu besar. saya bland atau ketuk2 dulu. Sedap dan meletup perut. Kalau ada bunga kantan pulak, lagi happening. Hehehe

No comments:

Post a Comment