06 February 2014

Nutella Swirl Ice Cream




Oleh:Noor Abdul Rahim
Like: Buku Resepi


bahan-bahan:
1 cawan susu pekat manis (250ml)
1 1/2 cawan whipping cream (guna yg biasa - dairy)
1/2 cawan nutella
1/2 sudu besar serbuk kopi segera
1/4 cawan air panas

cara-cara:
1. Larutkan serbuk kopi kedalam air panas & biarkan sejuk sebelum digunakan.
2. Campur air kopi bersama susu pekat manis. Gaul rata & ketepikan dahulu.
3. Pukul whipping cream hingga kental.
4. Masuk kan campuran susu pekat manis & gaul perlahan-lahan hingga sebati.
5. Masuk kan nutella & kacau mengikut cara kaup balik. Jangan gaul rata kerana kita tak mahu nutella tu sebati dgn cream.
6. Tuangkan kedalam bekas atau acuan. Hiasan atas ikut suka, kalau tak nak hias pun tak mengapa.
7. Tutup & bekukan selama sekurang-kurangnya 6 jam atau semalaman sebelum dihidangkan.

** Saya gunakan acuan springform pan size 20cm. Gunakan plastic cling wrap untuk tutup atas ice cream.
** ice cream ni tidak berasa kopi.