11 July 2013

Makaroni Bakar







BAHAN-BAHAN



250 gram makaroni (direbus hingga empuk dan ditoskan)
4 ulas bawang putih (dimayang nipis)
2 keping daging burger beef (diracik) - boleh tambah kalau nak lebih - boleh juga ganti dgn isi ayam -
1 tin mushroom soup
5 keping cheesdale - boleh guna jenama lain asalkan cheddar cheese slice -
1 cawan air
3 biji ubi kentang (direbus bersama kulit, kupas kulit dan dipotong dadu)
2 biji telur
1 tin button mushroom (dihiris halus)
saya tak bubuh sebab kurang suka

1 biji bawang besar Holland (bawang kuning)(dihiris bulat-bulat)
saya tak bubuh sebab kurang suka
Sedikit minyak masak (untuk menumis)

Sedikit butter (untuk sapu loyang jer)
100 gram cheese mozarella (untuk ditabur) -
tak bubuh pun takpe
Secubit rosemary -
tak bubuh pun takpe
Secubit oregano -
tak bubuh pun takpe









CARA-CARA :
#  Sediakan bahan-bahan. Yang mana kena rebus, rebuslah. Yang kena potong, hiris,  buatlah.
#  Panaskan minyak.
#  Tumis bawang putih sampai naik bau. Kacau.
#  Masukkan daging burger yang diracik. Tunggu dia masak. Kacau.
#  Masukkan 1 tin mushroom soup + 1 cawan air. Tunggu dia gelegak sikit. Kacau.
#  Masukkan 5 keping cheesdale. Tunggu dia cair. Kacau.
#  Masukkan ubi kentang yang dipotong dadu. Kacau
#  Tutup api
#  Masukkan makaroni yang dah rebus dan tos. Kacau hingga rata
#  Masukkan telur. Kacau hingga rata. (Telur tujuan untuk gamkan bahan-bahan hehe)
#  Pre-heat oven dalam 10 minit, 160ºC, api atas bawah.
#  Sapukan butter pada loyang.
#  Loyang yang saya gunakan ialah berukuran 9 inch x 9 inch x 3 inch dan adunan ini fit nicely.   Tuangkan semua adunan makaroni tadi. Mampatkan
# Taburkan mozarella cheese. Tabur ikut selera nak banyak/sikit cheese.
# Bakar dalam oven selama 40-45 minit, 160ºC, api atas bawah. Siap!




Lasagna Simple

Lasagna
6 keping pasta Lasagna

                                                 



-bahagian inti daging-
3/4 cawan daging cincang
1 biji bawang putih (dicincang)
1/2 biji bawang besar ( dicincang dadu)
2 biji tomato ( potong dadu)
1/2 biji carrot ( potong dadu)
6 ketul cendawan ( potong dadu)
sedikit brokoli ( ita tambah)
3 sudu besar tomato ketchup ( ita pakai tomato puri)
2 sudu besar olive oil
1 sudu kecil cili kering ( ita saja tambah nak pedas sikit)

Bahagian white source
1 cawan susu segar
1/4 cawan tepung gandum
1 sudu besar cheese powder
1 sudu kecil garam
sedikit lada sulah

Sedikit mix cheese atau mozarela cheese untuk ditabur atas setiap layer lasagna
( ita guna pizza cheese)


untuk hiasan
sedikit hirisan daun pasley kering

Caranya :
1. Buat inti daging dulu, panaskan olive oil dan tumis bawang putih, bawang besar, cili kering dan tomato ketchup, biar naik bau, baru masukkan daging cincang, kemudian masukkan carrot, cendawan dan tomato, masukkan juga setengah cawan air, sesuaikan rasa, masukkan sedikit garam, gula dan lada sulah biar mendidih dan agak kering. angkat dan sejukkan.

2. Buat White source
campurkan tepung gandum dengan sedikit air, bancuh hingga jadi pes, kemudian curahkan dalam periuk yang berisi susu segar tadi, masukkan lada sulah dan garam, kacau higga pekat.

3. Sedia untuk melapis, ambil acuan petak, dan gliskan dengan marjerin, letakkan 2 keping lasagna tutup pemukaan dasar acuan, kemudian letakkan inti daging ,ratakan keselurahan acuan dan lapiskan dengan white source pula, tabur cheese dan ulang langkah ini sehingga semua nye habis, kiranya lapisan akan jadi 3 set lah, lapisan terakhir white source, tabur atas white source tu dengan cheese dan hirisan dry pasley. Bakar pada suhu 180 darjah selama 30 hingga 40 minit atau sehingga permukaan atas nye perang. Makan panas-panas.

Chicken chop with black pepper sauce



Bahan-bahan :
5 ketul peha ayam
sedikit tepung jagung dan tepung gandum
1 biji telur 
sedikit serbuk roti 
sedikit jintan manis
garam dan lada sulah 
minyak untuk goreng 

Cara-cara :
1.Gaul peha ayam dengan garam, kunyit, jintan manis dan lada sulah. Perapkan sebentar... ( ita perap semalaman)
2.Salut ayam yg diperap tadi dengan tepung jagung dan tepung gandum. 
3.Kemudian celupkan kedalam telur. 
4.Kemudian salut dengan serbuk roti. 
5.Akhir skali..goreng 

*************



Sos Lada Hitam

Bahan-bahan ( ramai org boleh cicah )

2 sudu butter 
1 1/2 sudu tepung gandum 
sebiji bawang besar(potong dadu) 
sebiji tomato (potong dadu) 
seketul kiub ayam 
2 cawan air 
sedikit kicap pekat 
sedikit sos cili/sos tomato 
garam dan gula secukup rasa 
1 sudu lada hitam(tumbuk halus)*boleh lebihkan amaun ikut selera 

Cara-cara 
1.Cairkan butter dengan api kecil. 
2.Apabila cair masukkan tepung gandum dan kacau sehingga perang 
3.Kemudian masukkan bawang dan kacau sehingga naik bau wangi. 
4.Masukkan kiub ayam dan kacau. 
5.Masukkan air tadi dan kacau. Tambah sos cili(amaun ikut suka nak pedas atau tidak). Kacau hingga sebati. 
6.Tambahkan kicap pekat sedikit demi sedikit. PERHATIAN jgn sampai hitam sgt, agak2 kecoklatan dah cukup.nanti tk cantik bile dihidang..apabila masak sos akan lebih likat dan hitam. 
7.Masukkan tomato yang telah dipotong dadu tadi dan kacau 
8.Tambahkan sedikit gula dan garam secukup rasa 
9.Masukkan lada hitam yang telah ditumbuk tadi sedikit demi sedikit. Kacau hingga menggelegak. 
10.Jika sos kurang likat, masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air sedikit demi sedikit sehingga agak-agak likat.Apabila sejuk sos akan lebih likat. 
Boleh dihidangkan semasa panas

Chicken Chop with mushroom sause

                                                        


Untuk sos cendawan
Bahan-bahan ( 4-6 orang )

  • 2 sb mentega*
  • 1-2 biji bawang besar* - didadu- ita guna 1/2 biji bawang besar je
  • 1 sb mentega
  • 1 sb tepung gandum
  • 100 ml air rebusan daging - ita guna kiub je
  • 2 sb tomato paste
  • 1/2 sk serbuk lada putih
  • 1 sb kicap masin
  • 2 sb kicap manis
  • 100 ml susu cair/fresh cream
  • 150 g cendawan butang dlm tin - ita guna yang fresh
  • 1 sk hirisan daun basil/selasih - ita tak de stok
  • garam secukup rasa - ita tak letak

Cara-cara :

  1. Tumis bahan bertanda * hingga layu dan angkat dan ketepikan.
  2. Di dalam kuali yang sama,panaskan mentega dan masukkan tepung gandum dan kacau.Kecilkan api.
  3. Kemudian masukkan kesemua bahan2 yg lain juga bawang goreng tadi dan kacau hingga sebati.
  4. Siap untuk disajikan.

Biskut Koko Rangup


                                                 
Boleh gandakan adunan jika ingin dapat lebih banyak
Bahan-bahan ( saiz acuan 21x8cm )

* 50g mentega tanpa garam
* *70g tepung
* *15g serbuk koko
* *1/8 sk serbuk kulit kayu manis
* *1/4 sk baking powder
* *40g gula perang
* *2 cubit garam

Cara-cara :

1. potong mentega 1 cm. pastu masukkan ke dalam peti sejuk. Panaskan oven ke 180C.  Alas dulang/acuan dengan oven paper
2. Ayak semua bahan-bahan yang bertanda *. Keluarkan mentega tadi dari peti sejuk. Ramas-ramaskan dengan bahan ayak sehingga jadi berketul-ketul.
3. Ambik 2/3 dari adunan tadi. Masukkan ke dalam acuan dan tekan-tekan biar jadi sekata dan padat. ( lagi rangup jika dibuat nipis. Ambik adunan yang selebihnya tabur-taburkan ke atasnya.
4. Bakar selama 25-30 minit.
5. Potong memanjang 1-1.5cm ketika masih panas-panas. Kemudian sejukkan.

Cornflakes Madu Pedas Rangup

                                                                      
Bahan-bahan :
  • 1 bungkus cornflake
  • 1 bungkus roasted peanut (boleh juga menggunakan kacang tanah kopek yang dipanggang/goreng sendiri)
  • 6 biji bawang merah (ditumbuk)
  • 4 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • sedikit cili giling/cili kisar
  • ikan bilis
  • madu secukupnya
  • sedikit garam
  • 100 g mentega
Cara-cara :

  1. Cairkan mentega di dalam kuali besar. Tumis bahan-bahan tumbuk hingga garing. Kemudian masukkan cili giling/cili kisar secukupnya. Tumis lagi hingga garing.
  2. Masukkan madu dan sedikit garam. Kacau sebati.
  3. Masukkan kacang tanah dan kacau lagi. Akhir sekali masukkan cornflake. Gaul-gaulkan hingga rata.
  4. Jika kurang manis atau minyak, tambahkan mentega dan madu. Gorenglah hingga garing keemasan. Tutupkan api.
  5. Sementara itu, panaskan oven pada suhu 170C-180C.
  6. Sediakan dulang pembakar, taburkan cornflake tadi di atasnya. Ratakan. Kemudian bakarlah selama 5-7 minit atau sehingga garing keemasan. Jangan sampai hangus. Keluarkan dari oven, dan sejukkan sebentar sebelum disimpan di dalam balang.
  7. Kaedah bakar akan menjadikan cornflake ini semakin rangup dan bertahan lama. Selamat mencuba!