11 July 2013

Chicken chop with black pepper sauce



Bahan-bahan :
5 ketul peha ayam
sedikit tepung jagung dan tepung gandum
1 biji telur 
sedikit serbuk roti 
sedikit jintan manis
garam dan lada sulah 
minyak untuk goreng 

Cara-cara :
1.Gaul peha ayam dengan garam, kunyit, jintan manis dan lada sulah. Perapkan sebentar... ( ita perap semalaman)
2.Salut ayam yg diperap tadi dengan tepung jagung dan tepung gandum. 
3.Kemudian celupkan kedalam telur. 
4.Kemudian salut dengan serbuk roti. 
5.Akhir skali..goreng 

*************



Sos Lada Hitam

Bahan-bahan ( ramai org boleh cicah )

2 sudu butter 
1 1/2 sudu tepung gandum 
sebiji bawang besar(potong dadu) 
sebiji tomato (potong dadu) 
seketul kiub ayam 
2 cawan air 
sedikit kicap pekat 
sedikit sos cili/sos tomato 
garam dan gula secukup rasa 
1 sudu lada hitam(tumbuk halus)*boleh lebihkan amaun ikut selera 

Cara-cara 
1.Cairkan butter dengan api kecil. 
2.Apabila cair masukkan tepung gandum dan kacau sehingga perang 
3.Kemudian masukkan bawang dan kacau sehingga naik bau wangi. 
4.Masukkan kiub ayam dan kacau. 
5.Masukkan air tadi dan kacau. Tambah sos cili(amaun ikut suka nak pedas atau tidak). Kacau hingga sebati. 
6.Tambahkan kicap pekat sedikit demi sedikit. PERHATIAN jgn sampai hitam sgt, agak2 kecoklatan dah cukup.nanti tk cantik bile dihidang..apabila masak sos akan lebih likat dan hitam. 
7.Masukkan tomato yang telah dipotong dadu tadi dan kacau 
8.Tambahkan sedikit gula dan garam secukup rasa 
9.Masukkan lada hitam yang telah ditumbuk tadi sedikit demi sedikit. Kacau hingga menggelegak. 
10.Jika sos kurang likat, masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air sedikit demi sedikit sehingga agak-agak likat.Apabila sejuk sos akan lebih likat. 
Boleh dihidangkan semasa panas

No comments:

Post a Comment