26 February 2014

Tips memilih waktu untuk jantina anak lelaki dan perempuan...

ANAKKU - 27NOV2009 :: AWAL THAQIF


Anakku yang pertama sudah berusia 5 tahun, kini aku teringin sangat punyai anak perempuan jadi aku google la petua . InsyaAllah dengan kuasa Allah maha penyayang lagi maha pengasih moga termakbul keinginan ku ini untuk dapatkan anak perempuan..


Posted on 

1.    Entry kali ni adalah tips yang telah dijalankan secara kajian sains mengikut doktor2 yang pakar dalam bidang biologi. Mungkin ramai para ibubapa terutama yang dapat berderet anak yang sama jantina atau kepada mereka yang tengah merancang untuk mendapatkan cahayamata. Sampai ada suami isteri yang telah mencuba macam2 kaedah dan petua untuk diamalkan.


Menurut doktor yang pakar dalam bab2 ni… ini adalah fakta atau tips untuk mendapatkan anak lelaki atau perempuan. Katanya, orang lelaki menghasilkan 2 jenis sperms, kromosom X (female) kromosom Y (male).
Kromosom Y (male) ni lebih kecik, lebih lemah tetapi lebih laju dari saudara dia kromosom X (female) yang lebih besar, lebih kuat dan tetapi slow.
Tips ini hanya untuk kaum wanita yang mempunyai kitaran period yang tetap, kalau berubah-ubah tu mungkin susah nak apply. OK tengok calender di bawah ni. Korang mungkin faham kot.
OK katakan period isteri tu bermula pada 7hb setiap bulan, dan biasanya haid akan stop selepas 7-8 hari, kebiasaanya lah. Jadi waktu untuk ‘
bersama’
 ialah waktu isteri seawal dia abis period kebarangkalian untuk mendapatkan anak perempuan adalah lebih besar kerana di waktu ini ovum isteri hanya menerima kromosom X, iaitu perempuan.
OK selepas hari yang ke 15, masuk hari yang ke 16 waktu untuk
‘bersama’
 isteri di waktu ini lebih besar kebarangkalian untuk mendapatkan anak lelaki sebab selepas hari ke 16 ovum isteri hanya menerima kromosom Y, iaitu lelaki.
Korang bolehlah merancang apa yang patut. Aku pun nak jugak ikut jadual ini lepas ni sebab 3 anak aku ialah heroes.. hehehe.
Walau bagaimana pun kita serahkan segalanya kepada Allah. Kita hanya mampu merancang. Petua, tips dan semuanya itu hanyalah sebagai sebahagian dari usaha dan ikhtiar kita sebagai hambaNya.
Selamat mencuba.
SEMOGA ALLAH PERKENANKAN DOA HAMBANYA... AMINNNN yarabbalngaalamin...


2.    Ada satu lagi cara planing untuk preggy anak perempuan melalui chinese chart konu , kita boleh kira bila nak lahirkan baby bump dan boleh mula bersama suami dari bulan bila.. Segalanya berserah kepada ALLAH yang maha pengasih lagi maha penyayang dengan perbanyakkan berdoa ... Aminnnyarabbalngalamin...



06 February 2014

Nutella Swirl Ice Cream




Oleh:Noor Abdul Rahim
Like: Buku Resepi


bahan-bahan:
1 cawan susu pekat manis (250ml)
1 1/2 cawan whipping cream (guna yg biasa - dairy)
1/2 cawan nutella
1/2 sudu besar serbuk kopi segera
1/4 cawan air panas

cara-cara:
1. Larutkan serbuk kopi kedalam air panas & biarkan sejuk sebelum digunakan.
2. Campur air kopi bersama susu pekat manis. Gaul rata & ketepikan dahulu.
3. Pukul whipping cream hingga kental.
4. Masuk kan campuran susu pekat manis & gaul perlahan-lahan hingga sebati.
5. Masuk kan nutella & kacau mengikut cara kaup balik. Jangan gaul rata kerana kita tak mahu nutella tu sebati dgn cream.
6. Tuangkan kedalam bekas atau acuan. Hiasan atas ikut suka, kalau tak nak hias pun tak mengapa.
7. Tutup & bekukan selama sekurang-kurangnya 6 jam atau semalaman sebelum dihidangkan.

** Saya gunakan acuan springform pan size 20cm. Gunakan plastic cling wrap untuk tutup atas ice cream.
** ice cream ni tidak berasa kopi.

05 February 2014

ICE CREAM BLOCKING




Pasni buat sndri je xyah ssh2 nk bli.. ^_~


A) 1/2 tin susu pekat
B) 3 cwn susu segar (sy pakai susu HL)
C) 2 sudu kecil ovellate
D) 2 sudu kecil vanilla (essen vanilla)
E) Sedikit pewarna biru, merah, hijau n kuning (leh tuka kaler ikut suka korg)

Cara2:
1) Bahan a,b,c,d blend or mixer 20 minit. Pastikan adunan menjadi kembang dan gebu..
2) Asingkan ke dalam 4 bekas dan masukkan pewarna..
3) Tuang ke dalam bekas aiskrim selapis demi selapis hingga habis..
4) Simpan dalam peti sejuk beku....